Muffin
Coklat
Bahan-Bahan
½
cawan mentega
½
cawan minyak jagung
1
¼ cawan gula perang
3
biji telur
·
2
½ cwn tepung gandum
·
1
sudu teh baking powder
·
1
sudu teh soda bikarbonat
·
3
sudu makan serbuk koko
·
200
ml susu segar ( vanilla atau coklat)
·
Sedikit
coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
1.
Panaskan
oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2.
Pukul
mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3.
Masukkan
telur sebiji demi sebiji.
4.
Tepung
gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan
dicampur ke dalam adunan tadi.
5.
Kemudian
campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6.
Paipkan
adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7.
Siap
untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Tips:
1.
Oven
perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan
sempurna.
2.
Pukul
adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna
mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3.
Jangan
guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin
anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4.
Untuk
mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5.
Untuk
mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak
terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros
ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6.
Muffin
yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak
dengan sempurna.
7.
Anda
boleh mengguna kan
cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji
(saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

No comments:
Post a Comment